Thursday, 4 September 2014

Jenazah Bapa Menteri Besar Selamat Dikebumikan


Jenazah allahyarham Abd Rahman Mohammad, bapa kepada Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir pada pukul 11.30 pagi ini.

Anak kedua allahyarham, Che Azmi Abd Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, bapanya yang berusia 86 tahun meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang semalam disamping cucu-cucu, di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman akibat komplikasi paru-paru.

unnamed (6)“Ketika hayatnya, arwah merupakan seoarang yang sangat mementingkan kebajikan untuk orang lain dan banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan.

“Terima kasih kepada sahabat handai dan orang ramai yang hadir menziarahi arwah bapa saya untuk kali terakhir,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai majlis pengebumian bapanya.

Abd Rahman meninggalkan seorang balu bersama sembilan anak iaitu lapan lelaki dan seorang perempuan.

Che Azmi berkata, seluruh anggota keluarganya reda dengan pemergian allahyarham yang merupakan seorang bekas guru agama.

Sebelum itu, lebih 2,000 penduduk kampung, rakan, pegawai kerajaan serta exco kerajaan negeri hadir menyempurnakan solat jenazah serta memberi penghormatan terakhir di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

mbSolat jenazah berkenaan diimamkan oleh Mufti Terengganu, Dr Zulkifli Muda.

Turut hadir, Setiausaha politik Perdana Menteri, Dato’ Jailani Ngah dan Speaker DUN Dato’ Zubir Embong.
--teganukite

1 comment:

  1. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete